:: Drumstick Almond Thrill ::

My photo
Mrs Drumstick Almond Thrill ?? ;) me ? sweeet 19 teens meyh ;) simple make me perfect ~ just taken by him <3 who ?? Mr Drumstick Almond Thrill ^^ now study part 4 uitm Lendu .. currently dak bisness jual orang ;) so u want to be my partner ship ? juz click folllow okies dokies .. ^^

Wednesday, November 2

Kisah Pertemuan Tulang Rusuk Adam Dengan Si Hawa .. :')

Hawa dijadikan dari tulang rusuk si Adam :')
Wanita  : Siapa yang paling kamu cintai di dunia?
Lelaki   :Kamu!!!
Wanita  :Menurut kamu, saya ini siapa?
Lelaki   :(berfikir sekejap sambil mengerut dahi)….Kamu tulang rusukku!!!

      Kerna Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan mencipta Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit dihatinya..Setelah berkahwin pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

     Setelah itu pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing – masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi begitu membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dengan hebat sekali sehinggakan pertengkara bikin jadi panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran,wanita keluar dari rumah. Saat tiba di seberang jalan dia berteriak .

“Kamu tidak mencintai saya lagi!!!!”

       Lelaki sangat membenci  ketidakdewasaan wanita dan secara spontan juga berteriak. 

“ Saya menyesali perkahwinan ini!!” kamu ternyata bukan tulang rusukku !!

    Tiba-tiba wanita terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. Lelaki menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tapi seperti air yang sudah tertumpah tidak mungkin akan diceduk kembali. Dengan berlinangan air mata, wanita kembali ke rumah dan mengambilbarang-barangnya dan bertekad untuk berpisah..

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. 
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

*Lima tahun sudah berlalu,,

     Lelaki masih lagi belum berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar berita dari wanita. Wanita pernah ke luar Negara dan sudah kembali.Dia pernah berkahwin dengan orang asing dan bercerai.Lelaki agak kecewa bila mengetahui wanita tidak menunggu sepertinya. Pada kala malam yang sunyi, lelaki itu meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi lelaki tidak sanggup mengakui bahawa dia sangat merindui wanita itu.

     Nak dijadikan cerita, pada suatu hari,mereka akhirnya bertemu muka, tangan kaki, telinga dan anggota lain di lapangan terbang Kuala Terengganu. Mereka berdua hanya dipisahkan dengan sebuah dinding .

Lelaki     : Apa khabar?
Wanita  :Baik….kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Lelaki     :Belum
Wanita  : saya akan terbang ke new York dengan penerbangan berikut. 

"Saya akan kembali dua minggu lagi. Telefon saya jika kamu kesempatan. Kamu tahu number telefon saya kan.?
Tidak ada yang berubah. Wanita tersenyum manis, berlalu dihujung lafaz..
"Selamat tinggal."

     Satu minggu kemudian, lelaki menerima khabar bahawa wanita itu adalah salah seorang korban menara WTC.. Malam itu sekali lagi, Lelaki itu meneguk kopinya dan merasakan kembali sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana wanita..tulang rusuknya sendiri telah dipatahkan oleh kebodohannya.

     As de conclusion , kita menempiaskan 99% kemarahan walau pun kepada orang yang paling kita cintai. Akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiankenapa tidak datang diawalnya..jawapannyer senang jer..kita tak tau apa yg akan berlaku dikemudian hari ..
     
    Tapi kita akan mengingati epilog silam dan ini merupakan lumrah kehidupan..Kerna itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati..Sebelum mengucapkan sesuat..Fikir dulu sekiranya kata-kata itu pahit,maka hempedu lah kita peroleh..Jika manis kata-kata itu..maka kebahgian akan menyinar..

thanks blogger NEPH .. share daripada beliau mengenai kisah niyh .. ade sikit2 edit ..
ramay2 terjah blog dye okies .. :) 

*BERmula dengan kebahGiaan .. akhiri dengan KEbahgiaan yang kita sendiri cipta*
:')


Wallahualam :)

0 comments:

Post a Comment

:: POST BEST ! ICE CREAM BEST ::

Belog ini kepunyaan Si Family Drumstick Almond Thrill Okie